Di sinilah tempat aku belajar, Sekolah Menengah Tanah Tinggi Cameron. Kini sudah sebulan aku belajar di sini. Ada bestnya dan ada juga yang tak best macam mamat kat depan aku ni. "hai sayang" tegur Azfar, orang yang paling aku menyampah sekali. ""kau ni kenapa? asyik kacau kawan aku ni je" tengkin Asyura, kawan baik aku. aku pun buat bodoh je. biar Asyura yang setelkan mamat ni. Asyura terus menampar pipi Azfar kerana terlalu geram. Lalu, Asyura mengerang kesakitan di tangannya. "kenapa Asyura?" tanya aku kepada rakan ku itu. "tak tahulah, panas semacam je muka dia ni" jawab Asyura dengan mimik muka yang bengang dan marah, namun ada sedikit wajah kesakitannya. "Tolonglah jangan kacau saya, Azfar" pinta saya. "Wekwek, ala marah ke sayang?" "apa sayang-sayang". Geramnya aku, tidak terkata. aku terus mengajak Asyura beredar dari situ. "alhamdulillah, selamat jugak".
Kelas pun bermula, Cikgu Jasmine, guru matapelajaran chemistry pun memulakan sesi pengajarannya. "Erina, tengok kat kelas form 5 tu, Izzkhan tengah pandang kaulah" tegur Asyura kepadaku. Aku terus menoleh ke tingkap sebelahku dan memandang Izzkhan. Kami saling bertentang mata. Kelasnya hanya di sebelah tingkap kelasku. "Erina, apakah kegunaan bendict's solution" soal Cikgu Jasmine berkali-kali. Namun aku masih leka memandang Izzkhan. "Erina" Cikgu Jasmine terus menengking ku. "ya saya, cikgu" aku terkejut dengan tengkingan Cikgu Jasmine itu. "Berdiri di luar kelas sekarang" arahnya kepada ku. Aku tidak melawan kerana aku sedar aku sudah melakukan kesilapan. Tanpa diduga, Puan Khatijah Rasyid, pengetua sekolahku datang menghampiriku. Mungkin beliau sedang melakukan rondaan. "kenapa kamu berdiri di luar?" soalnya yang kepadaku dengan nada tegas. "saya didenda cikgu" balasku dengan ketakutan kerana khabar angin mengatakan bahawa pengetua sekolahku seorang yang sangat garang. Pernah sekali, dia memijak pelajar sekolah ini. "Ingat, semua yang cikgu lakukan ialah demi masa depan kamu" katanya dengan nada perlahan. betulkah cikgu ni garang? kini baru ku sedar bahawa mereka sebenarnya tidak tahu sebab pengetua buat begitu. Semua ini adalah demi masa depan kami.
No comments:
Post a Comment