Cerita pendek ini khas untuk bacaan anda semua. Semoga anda terhibur dengan aksi-aksi, kekeluargaan dan percintaan dalam cerita ini.

Thursday, September 22, 2011

Bab 5

 Setibanya kami di hadapan rumah Izzkhan, Makcik nora menyambut kedatanganku dan kepulangan anaknya. "Jadi, rahsia kamu sudah terbongkarlah sekarang ya Izzkhan" tanya Makcik Nora kepada anaknya itu dengan kebingungan. "Ya, mak. Tapi, hanya Nora seorang sahaja yang tahu" balas Izzkhan kepada ibunya itu. Kami masuk ke rumah dan dihidangkan sepinggan biskut dan secawan teh panas. Maisara terus menyapukan krim penahan sakit pada kaki Erina yang sedang berdarah. Izzkhan menceritakan apa yang berlaku kepada ibu dan bapanya yang masih lagi kebingungan. "emm, mana abang Rizwan, ibu?" tanya Izzkhan setelah menyedari kelibat abangnya tidak ada di ruang tamu. "tak tahulah mak. katanya, dia mahu pergi ke Gunung Bedong" jawab Nora.
 Izzkhan mengajak Erina bersembang di balkoni rumahnya. Udara di luar itu sungguh tenang dan nyaman dan masa sudah hampir pukul 5 petang."Mungkin disebabkan saya, awak jadi begini" kata Izzkhan kepada Erina setelah apa yang terjadi pada tengahari tadi."tak ada apa-apalah, cuma saya tak percaya, macam mana awak berdua boleh ada kuasalah, terbanglah, bertarunglah, saya hairanlah" balas Erina kepada kekasihnya itu. "Saya, Azfar, keluarga saya dan ramai lagi yang ada kuasa di dunia ini. Cuma Azfar berketurunan lain, sebab tu lah dia ada kuasa lain" "Oh, awak, awak sayang saya tak?" tanya Erina, menanti kepastian tentang cinta mereka berdua. "Mestilah, awaklah cinta hati saya. Walau apa pun yang terjadi, saya tetap akan cintakan awak" kata Izzkhan dengan bersungguhnya.
  Pintu rumah diketuk, Nora membuka pintu rumahnya untuk melihat siapakah itu. "Mak, abang Rizwan pengsan. Saya cari abang kat Gunung Bedong tadi. Waktu saya jumpa, dia dah terlantar kat atas tanah" kata Maisara, termengah-mengah kepanatan setelah membawa abangnya itu pulang. Nora terkejut lalu menangis memikirkan apa yang terjadi kepada anaknya itu. Rizwan dibaringkan di atas sofa di ruang tamu itu. Harisman yang baru sahaja turun dari tangga terus mendapatkan anaknya yang masih pengsan. "Anakku, apa yang terjadi kepada kau nak?" tangis Harisman, melihat keadaan anaknya itu. Erina yang berada di situ turut sedih dengan apa yang berlaku. Izzkhan tidak menangisinya malah dia lebih marah kepada sesiapa yang telah menyebabkan abangnya begitu. Dia terus membuka pintu lalu keluar menuju ke Gunung Bedong. Ayahnya yang turut marah, terus menemani anaknya itu. "tak apa ayah, biar saya yang kesan, siapa angkara semua ini" "walau apa pun, ayah akan temankan kamu juga" balas Harisman. Maisara turut ikut serta. Mereka bertiga mula mendaki gunung itu. Hari semakin senja. Maisara yang pertama sekali tiba di tempat itu kerana dia boleh berlari dengan pantas. Diikuti, Izzkhan yang boleh menerbangkan dirinya. Harisman, yang terakhir sekali tiba kerana dia tiada kuasa seperti kedua-dua anaknya itu. Dia hanya dapat mengawal angin sahaja.

Wednesday, September 21, 2011

Bab 4

 "ringgggg" bunyi loceng tamat persekolahan sudah kedengaran. Kelihatan para pelajar sudah mula meninggalkan kawasan sekolah. Erina sedang menunggu di kawasan menunggu bas. "mana makcik Visha ni?" Erina merungut keseorangan. Sisha yang turut menunggu sedang berbual bersama seorang lelaki India, Nashandee. Motor yang dipandu Izzkhan, berhenti di hadapan Erina. "Erina, jom pergi taman strawberi" Erina tersenyum seketika, dia amat suka pergi ke taman itu namun dia juga memikirkan bagaimana dengan Sisha. Pasti Makcik Visha risaukan dia nanti. "Sisha, saya ikut Izzkhan pergi taman strawberi tau. Beritahu makcik sekali tau" "okay, bye-bye". Mereka pun meninggalkan tempat itu.
 Motor Izzkhan meluncur laju menyusuri jalan. Sedang meluncur laju, tiba-tiba sebuah kereta pacuan empat roda merempuh motor mereka dari tepi. Erina tercampak ke bahu jalan. Izzkhan seperti melayang lalu mendarat dengan kemas di hadapan kereta tersebut. Keluarlah seorang lelaki yang berbaju sekolah, bertelinga capang sedikit dan berambut agak panjang. "hey Izzkhan, budak mentah" kutuk lelaki itu kepada Izzkhan. "kau apahal Azfar. Nak makan penerajang aku ke?" sahut Izzkhan. Satu pusaran angin keluar dari tangan Izzkhan lalu menolak Azfar dengan begitu kuat sekali. Azfar terpelanting ke bahu jalan. Semua kereta yang berada di situ, berhenti lalu semuanya meninggalkan kereta masing-masing. Cuaca tengahari yang semakin berkabus itu seperti menutup pertempuran mereka dari dilihat orang lain. "Kau fikir, kau cukup hebat? rasakan penangan aku pula". Kuasa api dari pemetik api Azfar yang telah dikumpulkan mula menyerang Izzkhan yang berada tidak jauh darinya. Belum sempat api tersebut menyerang Izzkhan, kuasa angin yang dikumpul oleh Izzkhan daripada kabus sekeliling mula menjadi penahan diri Izzkhan daripada diserang api tersebut. Kuasa api dan angin mula bertembung. Erina yang sedang menyorok di belakang motosikal Izzkhan, menahan sakit di kakinya yang sudah berdarah akibat dari kemalangan tadi. Dia hairan, kenapa Azfar sanggup melanggar mereka berdua dan kenapa Izzkhan dan Azfar bertarung?. Dia lebih hairan dan terkejut lagi dengan apa yang dilihat dimatanya. Adakah semua ini mimpi. Dia masih lagi kebingungan dengan apa yang terjadi hari ini. Izzkhan yang sudah melecur di tangan, tetap menguatkan semangatnya untuk melawan Azfar yang kelihatan lebih hebat darinya. "cuba kalau aku hilangkan pemetik api dia" fikir Izzkhan. Api yang meluru kearahnya ditepis dengan kuasa anginnya. Dia terus menggunakan kuasa anginnya untuk menjatuhkan pemetik api lawannya. "akhirnya, kau sudah tiada punca api" Izzkhan berketawa kecil. "baiklah, hari ini aku menyerah. Tapi esok, kita belum tahu lagi" kata Azfar yang seperti sudah menyerah. Dia terus memandu keretanya, meninggalkan jalan itu.
 Keadaan di situ kembali tenang. Motor Izzkhan, rosak teruk. Izzkhan terus membawa Erina terbang menyusuri hutan itu menuju ke rumah keluarganya.

Monday, September 19, 2011

Bab 3

 Di sinilah tempat aku belajar, Sekolah Menengah Tanah Tinggi Cameron. Kini sudah sebulan aku belajar di sini. Ada bestnya dan ada juga yang tak best macam mamat kat depan aku ni. "hai sayang" tegur Azfar, orang yang paling aku menyampah sekali. ""kau ni kenapa? asyik kacau kawan aku ni je" tengkin Asyura, kawan baik aku. aku pun buat bodoh je. biar Asyura yang setelkan mamat ni. Asyura terus menampar pipi Azfar kerana terlalu geram. Lalu, Asyura mengerang kesakitan di tangannya. "kenapa Asyura?" tanya aku kepada rakan ku itu. "tak tahulah, panas semacam je muka dia ni" jawab Asyura dengan mimik muka yang bengang dan marah, namun ada sedikit wajah kesakitannya. "Tolonglah jangan kacau saya, Azfar" pinta saya. "Wekwek, ala marah ke sayang?"  "apa sayang-sayang". Geramnya aku, tidak terkata. aku terus mengajak Asyura beredar dari situ. "alhamdulillah, selamat jugak".
 Kelas pun bermula, Cikgu Jasmine, guru matapelajaran chemistry pun memulakan sesi pengajarannya. "Erina, tengok kat kelas form 5 tu, Izzkhan tengah pandang kaulah" tegur Asyura kepadaku. Aku terus menoleh ke tingkap sebelahku dan memandang Izzkhan. Kami saling bertentang mata. Kelasnya hanya di sebelah tingkap kelasku. "Erina, apakah kegunaan bendict's solution" soal Cikgu Jasmine berkali-kali. Namun aku masih leka memandang Izzkhan. "Erina" Cikgu Jasmine terus menengking ku. "ya saya, cikgu" aku terkejut dengan tengkingan Cikgu Jasmine itu. "Berdiri di luar kelas sekarang" arahnya kepada ku. Aku tidak melawan kerana aku sedar aku sudah melakukan kesilapan. Tanpa diduga, Puan Khatijah Rasyid, pengetua sekolahku datang menghampiriku. Mungkin beliau sedang melakukan rondaan. "kenapa kamu berdiri di luar?" soalnya yang kepadaku dengan nada tegas. "saya didenda cikgu" balasku dengan ketakutan kerana khabar angin mengatakan bahawa pengetua sekolahku seorang yang sangat garang. Pernah sekali, dia memijak pelajar sekolah ini. "Ingat, semua yang cikgu lakukan ialah demi masa depan kamu" katanya dengan nada perlahan. betulkah cikgu ni garang? kini baru ku sedar bahawa mereka sebenarnya tidak tahu sebab pengetua buat begitu. Semua ini adalah demi masa depan kami.

Saturday, September 17, 2011

Bab 2

 Kereta Satria Neo, Izzkhan dipandu laju menyusuri jalan yang bengkang-bengkuk menuju ke Brinchang. "macam mana? best tak jumpa ibu dan ayah saya?" soal Izzkhan kepada Erina. "best, lagipun ibu dan ayah awak sporting" balas Erina yang dari tadi lagi melihat gambar yang dirakamnya petang semalam ketika berkhemah di Lata Iskandar. "eh, cuba awak tengok ni, kenapa tangan Cikgu Arsyad berapi" tanya Erina kepada Izzkhan. Izzkhan terkejut seketika lalu membiarkan dirinya tidak menjawab soalan Erina itu.
 Di rumah Erina, "Erina, makcik dah siapkan kek pisang untuk kamu" kata Visha kepada anak angkatnya yang baru pulang. "wah, terima kasih makcik. saya sayang makcik" "makcik pun sayang kamu juga. sebab tu lah makcik masak kek ni" balas Visha dengan gembiranya. "mana Sisha, makcik?" tanya Erina kerana kelibat Sisha belum timbul di dapur rumah itu. Rumah banglonya tersergam indah di lereng bukit, mempunyai 3 tingkat, 5 bilik dan 4 bilik air. "Sisha ada kat atas tu, dari petang tadi lagi dia tak turun. nampak macam sedih je" jawab Visha dengan terpinga-terpinga.
 Erina menaiki tangga ke tingkat dua rumah itu dan menuju ke bilik Sisha. Pintunya tidak berkunci. Erina terus melangkah masuk ke bilik itu. Sisha menangis di penjuru katil "kenapa ni Sisha?" tanya Erina yang bingung dengan kelakuan Sisha. "Mugilan tu" "ya, kenapa?" "dia ada girlfriend lain" jawab Sisha, terkedu-kedu. "hah! jahatnya dia. Ala biarlah, ramai lagi lelaki lain" "tapi saya cintakan dia" "percayalah kakak, banyak lagi lelaki lain" Erina cuba menasihat dan memberi dorongan kepadanya. "dah, jom turun makan kek pisang kat bawah" kata Erina kepada Sisha yang semakin reda tangisannya.
 di ruang tamu. Sisha menonton filem kesukaanya, Legenda Budak Setan di TV Plasma. Erina menelan satu persatu potongan kek pisang itu. Matanya memandang ke TV namun fikirannya melayang memikirkan gambar Arsyad yang menjadi tanda tanya. "kenapa tangan cikgu, berapi. pelik-pelik". Dalam masa yang sama, Visha menangis teresak-esak menghayati filem yang sedang ditontonnya. Suaminya sudah lama bercerai sejak Sisha kecil lagi. Katanya, suaminya sering balik lewat dan mabuk. oleh sebab itu, mereka bercerai. Kadang kala, suaminya ada datang menjenguk. Hanya mereka bertiga sahaja tinggal di banglo itu.

Bab 1

 bulan yang menerangi malam seperti terpadam ibarat lilin yang ditiup. Kabus tebal menyelubungi sebuah perkambungan yang terletak di cerun-cerun bukit yang dikelilingi hutan tebal, tidak jauh dari pekan Tanah Rata, Cameron Highland. Irama alam semulajadi menjadi peneman dikala malam yang dingin dan sunyi ini. 
 "Marilah menjamu selera masakan kami yang tak seberapa ni, maklumlah kami tak mampu nak hidangkan makanan yang mahal-mahal. Keluarga kami hanya meniaga sayur-sayuran yang dipetik di kebun kami untuk dijual di pasar pagi. Harap kamu sudi makan masakan makcik, Erina" kata seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 40an', berbadan kurus dan berambut kerinting kepada Erina, seorang remaja yang bertingkatan 5, bermata kebiruan dan berbadan kecil. "Tak payah susah-susah, Makcik Nora, saya memang suka makan sayur, salad ni memang favourite saya . Lagipun dari kecil lagi ibu saya sudah didik saya untuk makan sayur-sayuran. Katanya, sayur boleh buatkan kita tinggi" "Kamu tinggal dimana?" tanya suami Nora, Harisman, seorang yang berbadan sasa dan berkaca mata. "saya Tinggal kat Brinchang dengan mak angkat saya, Puan Visha, setelah ibu bapa saya meninggal" balas Erina. "Maafkan pakcik, pakcik tak tahu pula ibu bapa kamu sudah meninggal. semoga rohnya dicucuri rahmat" "emmm. ayah, abang Rizwan mana?" tanya Izzkhan, kekasih Erina. "kat atas kot" balas Harisman kepada anak keduanya itu. Izzkhan terus meminta izin untuk naik ke atas rumah yang berdua tingkat itu. Suasana di meja makan sungguh menghiburkan. Maisara, adik bongsu tiga beradik itu turut sibuk berbual mesra dengan bakal kakak iparnya. 
 Di tingkat atas. "kenapa abang tak join kami kat bawah?" "kan abang dah beritahu dulu, jangan bercinta dengan manusia biasa. Nanti kuasa kamu bakal hilang" tengking Rizwan kepada adiknya itu, di biliknya. Mereka berbincang di tepi tingkap yang ternganga. Suhu di dalam bililk itupun seperti di tahap beku. "tapi semenjak saya bercinta dengannya, kuasa saya tak berkurang pun" "sekarang memanglah tak berkurang, nanti?" balas Rizwan dengan nada marah.